السلام عليكم
semenjak mendapat sms yang mewar-warkan tentang jualan hebat untuk J card member di JJ bukit tinggi di minggu-minggu yang lalu, hati ini bagai digaru-garu mahu pergi. terasa betapa teringinnya nak pergi ke sales ni. selalu baca entri kawan-kawan perihal sales ni. perginya tak pernah juga. punyalah lama dan banyak juga sudah melebur ringgit malaysia di jusco sebelum ni baru tergerak hati nak bikin satu kad 2 bulan yang lepas.
alangkah baiknya kalau ada yang menemankan. mulalah sms ke empat-empat anak saudara perempuan yang ada. adakah sesiapa yang sudi menemani makciknya ini bershopping. sayang sekali pada hari kejadian keempat-empatnya adalah tidak available. tapi ummi nekad mahu pergi juga walau berdua dengan luqman sahaja.
sekali baru ummi teringat.. ummi ada seorang lagi anak saudara bujang yang sedang bercuti sekolah. terus sms. dan jawapannya.. boleh jerr.. ini sudah bagus. boy pun boylah.. boleh juga buat peneman si luqman ni kala ummi sibuk bershopping.
memang tidak salah percaturan ummi minta tolong abang hariz temankan. sangat membantu. ummi tak tahulah apa keadaannya kalau hariz tak ikut sama. dengan lautan manusia yang nak tolak stroller pun asyiklah berlaga sana sini dengan trolley. terlalu ramai manusia. begini rupanya keadaan waktu j-card member day ye. nak membayar pun kena beratur sampai berlingkar-lingkar jadinya.
selak orang nak cari barang. begitulah perumpamaannya.
itu pun ummi keluar rumah awal. sebelum pukul 10 pagi dah terbongkok-bongkok mengeluarkan stroller luqman dari bonet kereta di depan jusco ni. parking pun masih banyak yang kosong. kalau datang lewat sikit alamatnya nak cari parking pun makan setengah jam agaknya.
tujuan utamanya tak lain tak bukan nak beli baju basahan buat luqman. luqman sudah kena pakai baju saiz 3 tahun. baju sedia ada sudah semakin sendat dan singkat.
maklum saje sudah semakin tinggi dan semakin bulat boboiyot perutnya itu :) luqman sudah hampir ketiduran tika ini. ummi tengok dari jauh dia sudah tersengguk-sengguk dan tangannya statik lama begitu. dengan seluar senteng sebelah. kesian anak ummi. dah nama babysitternya pun boy kan :) luqman sungguh baik pekertinya hari ini. takde pun dia rimas nak turun bebas berlari ke sana ke sini. kalau dengan ayahnya memang tak bagi can la. ummi pilih baju luqman pun ikut dan saja. tak de maknanya nak belek satu-satu nak acu ke badan luqman sesuai ke tidak. main rembat saja. oh ye.. poney sales up to 70% discount. tapi sayang seribu kali sayang tiada saiz yang sesuai untuk luqman. ummi beli sepasang gown, sehelai blouse dan sehelai seluar untuk baby girl. hadiah buat permata hati sahabat baik ummi. 3 barang itu dengan harga rm90!!. murah kan. kalau takde sales menggigil juga ler tangan nak tarik duit dari purse tu.
image googled. rata-rata
yang pergi pastinya berkehendakkan yang ini kan. sudahlah dapat diskaun. dapat voucher lagi. biasalah kan. marketing strategy. nak galakkan pembeli menghabiskan duit lagi di sini. ummi dapat 9 keping voucher. cik adik service counter tu siap beritahu, kak tak nak beli lagi barang harga 42 ringgit ke. untuk entitle sekeping voucher lagi. oh.. takpelah dik. tak sanggup nak meredah lautan manusia kat dalam tu.
selesai men'sedekah'kan duit (ayat cliche ayah) di JJ, ummi bergilir solat dengan abang hariz sementara menunggu sahabat baik ummi datang. kami merancang mahu lunch bersama. dah lama sangat tak bersua muka.
pertama kali menjejak kaki ke restoren fish manhattan. itu pun asbab ajakan sahabat ummi. kalau sendiri yang pergi memang tak tersampai ke sini agaknya.
image googled. yang menjadi santapan kami semalam. dan ada sepinggan lagi cheese prawn. alhamdulillah.. sedap juga. sudah menjadi salah satu misi ummi mengajak ayah ke sini waktu ayah bercuti nanti. :)
masrotul humaira dalam dakapan ummi. subhanallah... comelnya kamu. dah lama rasanya tak peluk cium baby. melepas gian sekejap. ummi seronok melihat kebahagian pasangan sahabat ummi itu dengan baby barunya. lama juga mereka menunggu untuk memeluk anak sendiri. hampir 7 tahun. ummi sangat memahami perasaan itu. dengan keguguran berulang kali. kami senasib. sangat memahami perasaan masing-masing. lantaran itu antara kami selalu menjadi tempat meluah rasa. luqman sangat relax melihat ummi bersama maira. tiada langsung perasaan cemburu dari riak wajahnya. hanya mulutnya bising.. baby, baby, baby, fish, fish, fish. dah asyik terpampang gambar fish di serata tempat kan. fish kan pujaan hatinya dari dulu, kini dan selamanya.
luqman makan sangat berselera. ummi perasan lepas baik demam seleranya menjadi-jadi. nganga saja mulutnya waktu ummi nak suap. nak.. nak.. nak.. kalau tidak selalunya ummi mirip si ibu dalam iklan sustagen junior. memang termenung sambil menongkat dagu selalu waktu nak beri makan luqman sebelum ni. sesuap dua dah. tak nak.. tak nak.. geleng-geleng kepala lagi. banyak juga ummi bubuh dalam pinggan dia tu. habis licin. udang sekor + nasi + fries. sekali sekala bolehlah ye nak makan begini luqman. selalu selalu nanti parah jadinya. silap haribulan tahun depan awak kena pakai baju saiz 4 tahun pula.. :)









8 kata pembaca:
9 keping voucher kak? banyak pelaburan tuh! tp amatlah berbaloi2. poney tu murah sgt bila time jcard member day ni. yg penting, kita dtg sini, dah aim apa nak beli. kalau takat nak memeriahkan suasana, baik dok umah diam2 :D lama dah tak ke jcard member day ni..
amboi luqman...sangat suka hati....
kakyong dah lama tak ke JJ.. JJcard pun dah lama tak renew.. dulu masa kerja, biasa jugak.. tp tak tahan bab bersesakkan tu.. lebih lagi now anak2 mau la mengamuk dgn org ramai...
comel la baby humaira tu..
dah siap dah permintaan leen ari tu..
http://www.kakyong.com/2011/11/cara-masukkan-emoticon-dalam-postentry.html
heeeee hihih..mgkn sbb bnyk sngt gambo fish keliling die kot...tu sbb die berselera/...agaknyer la...hikss
rajinnye anak sedara tu tolong teman????? kalau sy, gi seorg je tak bawak anak... huhuhu
dah lama tak pergi j-card sales... kadang bila p j-card akan terbeli barang yg tak berapa perlu disebabkan harganya yg murah
Tgk voucher tu baru ingat voucher JJ dlm simpanan.. tp entah mana la, kene cari ni.. :D
ps: manis sungguh senyuman luqman.. ceria je..
cik mas.... mak ila terkojut tgk lukman.... dah lama tak membelog2 ni...skali bukak....beso dh ko lukman oiii. teringat dia berlari keluar umh hr tu....ekekeke
Post a Comment