السلام عليكم
hampir 2 minggu blog ini sepi. asbab buah hati pengarang jantung ummi menderita penyakit tangan, kaki dan mulut. aduhaiiii.. luluhnya hati melihat si kecil itu menangis-nangis tak henti menahan sakit ulser yang banyak di dalam mulutnya tu. ummi tahu. memang sakit. kita yang tua ni pun terkadang boleh menitis airmata menahan sakit ulser dalam mulut tu kan. apatah lagi anak sekecil itu..
apa pun.. alhamdulilah yang tak terhingga. luqman sudah sembuh sepenuhnya. sudah kembali ke rutin sediakala. sudah mahu minum susu banyaknya seperti biasa. sudah tidak terganggu tidur malamnya. sudah tidak menangis-nangis kesakitan lagi.
penyakit ini mudah berjangkit.. "mudah merebak dari satu individu ke individu yang lain melalui sentuhan secara langsung (direct contact) dengan lelehan air hidung, tekak, air liur dan cecair dari lepuhan juga daripada najis individu yang telah dijangkiti. Ianya bukan sahaja mudah merebak terutama di awal jangkitan, tetapi juga boleh merebak selepas beberapa minggu di jangkiti".. petikan dari artikel ini.
luqman dijangkiti sehari selepas sepupunya adam kena. dan seminggu sebelum itu abang nabil pun kena juga. luqman dapat dari mana.. wallahua'lam.. tapi mereka bertiga ni memang selalu main sama-sama.
sehari sebelum luqman jatuh demam..
hari jumaat 9 disember 2011
rumah kami di datangi seekor kucing yang sangat comel. tak berganjak dari sliding tepi rumah kami..
ummi jemput tetamu comel tu masuk dalam rumah. apa lagi seronok sangatlah luqman main dengan kucing. tengok bulu kucing tu sangat tebal dan bersih. ummi rasa kucing ini sudah bertuan tapi sudah hampir 2 minggu dia masih selalu muncul di anjung rumah setiap kali kami mahu keluar rumah.
tau luqman buat apa..? dia main alaaa kuci-kuci dagu kucing tu. omey.. omey di panggilnya kucing ni..
malam tu lebih kurang jam 11 luqman muntah-muntah dalam tidur. lepas muntah sambung tidur semula. jam 2 pagi luqman bangun ajak ummi keluar bilik tonton TV. tapi waktu ni luqman sudah nampak kurang bermaya. terbaring meniarap sambil menonggeng. antara tanda-tanda luqman tak sedap badan. jam 5 pagi sambung tidur semula. dan bangun paginya ummi rasa suhu badan luqman sangat tinggi. Allahuakbar.. sudah demam lagi anakku. baru jer sebulan lalu luqman demam. ni demam lagi. dugaan untuk kami nampaknya..
hari sabtu tu ummi tak bawa luqman ke klinik lagi. ummi sekadar bagi ubat demam. ummi fikir luqman sekadar demam biasa macam bulan sebelumnya tu. dan waktu ni ummi pun tak perasan lagi ulser dalam mulut dia tu. sabtu malam ahad tu memang ummi tidur-tidur ayam. luqman sekejap-sekejap bangun menangis-nangis. menangis yang tak boleh di pujuk. ummi tak mampu nak buat apa. memang buntu sangat waktu ni. sudahlah ayah takde. sorang-sorang handle anak sakit di tengah malam ni memang sakit rasanya.
keesokannya suhu badan luqman semakin tinggi. demam tak kebah langsung. menangis-nangis tak henti. tak mau minum susu. mujurlah air masak luqman masih sudi minum. banyak juga dia minum so that luqman memang tak dehidrasi. syukur di situ. dan hari ahad itu juga ummi nampak naik seakan ruam di sekitar tangan dan kaki luqman. juga di bahagian punggung. banyak ruam berair naik di situ. tergaru-garu luqman. ummi sapu calamine lotion setiap kali tukar diaper.
petang tu ummi bawa luqman ke klinik. paed tak ada hari ahad ni so jumpa dengan doktor biasa saje. waktu ni lah ummi tahu yang dalam mulut luqman ada ulser rupanya. patutlah tak mau minum susu beria-ia..
waktu di rumah mak ngah sebelum ke klinik. melepek dan melekap dengan ummi saja. macam nak masuk balik dalam perut gayanya. tangan kaki semua nak letak atas riba ummi. tak mau dengan orang lain..
kaki dan tangan luqman yang di naiki ruam. dalam gambar tak berapa jelas. tapi sebenarnya banyak juga ruam di kaki tangan dia ni. tapi tak boleh lawan di area punggung. paling ketara di situ. berbiji-biji berair. mesti gatal merenyamlah ummi rasa..
syahdu tengok anak sedang demam yang ketiduran.. ulser dalam mulut luqman betul-betul sembuh dari hari khamis yang lepas. makan kira-kira 5 hari juga untuk ulser itu pulih sepenuhnya. walau pun ummi tengok di bibir bawahnya masih ada ulser kecil tapi the pain was bearable agaknya. luqman pun nampak aktif dan ceria dan mahu menyusu seperti biasa.
alhamdulillah.. alhamdulillah..
luqman sudah sembuh..
buktinya..
tak nak turun dari main kapalterbang ni. 1st time luqman mau duduk di sini. tak lama dulu ummi pernah cuba masukkan dia dalam ni. jejak kaki pun tak mau. dipautnya leher ummi sekuat-kuatnya tak mau duduk dalam ni. takut agaknya bila kapal tu mula bergerak-gerak. tapi tu waktu luqman baru setahun jagung. sekarang luqman sudah besar kan.. :) wajah luqman masih cengkung lagi waktu ni. baru jer baik demam ummi sudah ajak shopping di giant. nak buat macamanakan.. stok makanan kehabisan sudah..
main lumba kereta pula.
ummi harap lepas ni luqman baik-baik saja. tak mau demam-demam lagi ye. tak lama jer lagi ayah nak balik. banyak agenda menanti sepulangnya ayah nanti. insyaAllah kurang lebih dalam 2 minggu lagi kita jumpa ayah ye..
yeay.. tak sabar menanti detik itu.. bak kata ayah.. bila dah dekat nak balik ni rasa macam slow jer masa berlalu. ummi pun rasa macam tu sebenarnya. tambah-tambah bila ada kes 'terpencil' luqman demam macam ni kan. tambah-tambah slow bila mana kita dok tenung kalender tu kira hari tiap-tiap hari. kena buat tak tau jer ni. tau-tau.. eh, lagi sehari kekasih hati nak balik. kan best macam tu kan.. :)
apa-apa pun ku ucapkan alhamdulillah.. :)









9 kata pembaca:
alhamdulillah dah ok..nak tergelek bile kak mas tulis..dia macam nak masuk balik dalam perut.hahahhaa
"pertama kali ke sini agak nya,folow dulu...lom sempat selak2 entri,apapun jumpa lg kalau ada peluang...salam kenal.."
safiyyah pun dah kena dah HFMD. dia tak menangis tapi tak nak makan sebab ulser dalam mulut. mujur juga dia nak minum. alhamdulillah tak berjangkit pada shakir
ummi: memang melekap habis luqman hari tu. dgn kaki tgn semua nak dok atas riba kita. dia ni mmg kalau takde ayah dia manja bukan main dgn kita. tgk ler ayah dia balik nanti. dia lupa kejap kat kita.. hehehe
pia: selamat datang ke blog saya yg tk seberapa ni.. :)
nadiah: oh ye ke.. safiyyah macam adam kot. ulser yg x brape sakit. ke luqman yg x tahan sakit nih.. :)
Kak Mas,
Luqman kena HFMD ke??huhuh..teringat dulu Rizqullah pun kena gak...tapi sib baik x kena kat mulut...tangan ngan kaki je penuh dengan bintik2..
Apapun saya doakan Luqman sihat sentiasa dan sentiasa buat ibu dia gembira...
ye la mas. 1st time kena. alhamdulillah demamnya x lama. ulser pun dah ok. mmg risau sungguh kalau luqman kena ulser sebab dia pasti akan menangis2 kesakitan. alhamdulillah sudah sembuh sepenuhnya. tinggal parut2 ruam jer..
alhamdulillah lukman hensem dah sembuh ;)
slmt bkenalan...
hsomelah dia..
satu lg kcing tuh cute
selamat berkenalan noor. alhamdulillah.. terima kasih. ye.. kucing itu memang comel sangat :)
Post a Comment