Sunday, January 29, 2012

keputeraan anakanda beta..

السلام عليكم


alhamdulillah..

selesai sudah keraian kecil buat anakanda luqman sempena hari keputeraannya yang kedua minggu yang lalu. seperti tahun yang sudah, tiada jemputan yang ramai untuk meraikan hari lahir luqman. hanya dengan kehadiran saudara terdekat luqman sahaja. yang kasih dan sayangkan luqman seadanya.. insyaAllah alhamdulillah.. tempat yang sama waktu sambutan 'setahun luqman' yang lalu. di mana lagi kalau bukan di kedai yom... :)

segala-galanya di luar perancangan kami. saja-saja beli kek lepas tu ummi text semua adik beradik ummi ajak breakfast sekali di kedai yom jika ada kelapangan di pagi selasa yang ceria tu. tiada juadah istimewa mengiringi majlis kecil ini. nak dijadikan cerita lagi.. hampir kesemua makanan yang di masak yom habis terjual pagi tu. mahu tak mahu terpaksalah ayah ke kedai makan lain tapau mee goreng mamak, kuey teow, mee hoon goreng dan roti canai. banyak sungguh yang ayah beli. alhamdulillah langsai semua di makan dan di sedekahkan kepada jiran depan rumah.






kek ummi beli di secret recipe.. indulgence.. nyum.. nyum.. semenjak ada kedai secret recipe dekat dengan rumah ni memang ke situ jer la kalau nak beli kek..  






upacara potong kek dengan ayah.. awat monyok jer muka tu luqman.. kena pegang dua-dua tangan. kalau tidak dia terkam kek tu..






haaa... ni baru ceria sikit.. ummi juga mahu menumpang sekali. birthday kita kan sama bulannya.. :)  






mari jilat sikit kek.. emmm... daaaap.. kata luqman.. :)


malam tu kami sekeluarga berbondong-bondong ke restoren asli kampung siam di sec 13 shah alam. ayah belanja semua makan sempena birthday luqman. sekeping gambar pun ummi tak snap. lupa terus bila ternampak makanan. bila hanya tinggal tulang ikan, serdak butter prawn dan sisa baki kuah tomyam yang bergelimpangan,.. adalah sangat tidak berselera untuk mengambil gambar.. :) 

itulah sahaja kenangan luqman menyambut ulangtahunnya yang kedua. insyaAllah ada rezki tahun depan kita buat kelainan sikit ye luqman.. :) 



6 kata pembaca:

Ann said...

Sanah helwah Luqman!
Semoga terus berada di dalam lindungan Allah selalu.

* Luqman, awat ummi tutup muka tu? :)

Lily@MamaZaraZareef said...

beshnye luqman dpt potong kek..choc indulgence lagi tuh..fav saya jugak..=)

Aine Ainun said...

walopun simple:
tapi, mesti puas untuk anak kan..=))

Mama Adam said...

bestnya! semoga sentiasa dlm perlindunganNya.

Nadiah Sidek said...

selamat hari lahir luqman :)

Zefa NorAsmara said...

Harap belum terlambat utk aunty ucapkan selamat hari lahir yg ke 2 buat Luqman. Jadi anak yang baik ya, semoga luqman jadi anak yg cemerlang didunia dan akhirat.. amin..